Aku rindu. Sangat rindu. Hanya sekilas rindu itu datang, dan aku rindu. Bila jiwaku tenggelam dalam pena hitam, aku terjatuh dalam kerinduan yang sudah lama tidak menjengah pintu hatiku. Rupanya rasa itu masih ada, masih sama seperti sebelum ini. Masih memaksa hatiku untuk terus merindui. Haruskah aku menahan diri dikala rindu ini terus membantai jiwa? Haruskah aku menahan diri seperti sebelum ini walaupun hakikatnya jiwaku merintih? Haruskah aku berhenti untuk meloret pena rindu padamu?
Hey ma cane, 好久不见。
Terlalu lama aku tidak menyapa namamu dalam doaku. Sudah lama aku berhenti melangitkan namamu kerana aku takut takdir kita akan menyapa lagi. Apa khabar kamu di sana? Bagaimana dengan perjalanan hidupmu? Semuanya baik-baik sahaja? Adakah kamu sedang berjalan di titian takdir yang menuju impianmu? Sudah lama aku tidak menulis tentangmu, walaupun di laman rahsiaku. Dulu, kini dan sekarang, aku masih mengabdikan namamu dalam segala tulisanku. Kerana kamu watak pertama yang aku arkib dalam penaku. Mungkin kamu tidak sedar, dan mungkin tidak akan pernah. Tapi suatu hari, andai takdir kita memilih untuk berselisih.
Aku ingin ucapkan terima kasih..
Kerana mengizinkan aku menaruh perasaan padamu, aku dapat mencipta sebuah karya hebat. Dan sebuah karya lagi dan lagi. Kerana perasaan yang tidak akan pernah kamu beri jawapan dan aku juga tidak akan pernah berani meminta jawapan daripadamu. Biarlah segagal gagal ini, sesakit sakit ini, serindu rindu, aku masih akan membisu. Aku akan tetap diam dan mengunci perasaan ini di satu dasar dalam jiwa. Tidak akan pernah mati perasaan ini. Tidak akan pernah tapi aku ikhlas mendoakan kebahagiaanmu. Andai undangan mu datang ke tanganku, aku pasti akan datang dengan senyuman di majlismu. Aku akan menatapmu dari jauh dan tersenyum. Walaupun dikala itu, aku masih mengunci perasaan yang sama kepadamu.
Just once, only once, i want to stand in front of you, smile dan leave those memories there.
Thank you,
非常想念你 .