Tidak tahu kenapa, dendangan lagu ini sangat membuai jiwa yang gemar bermain dengan emosi sedih walaupun hakiki tidak begitu. Namun kadangkala, jiwa ingin berehat di pangkuan emosi itu. Mungkin kerana erti lagu ini sedang mencerminkan seseorang yang sedang semakin hilang dalam jiwa punjangga. Kata-kata yang menjadi dendangan lagu, melagha hati yang senang gelisah apabila diusik dengan kisah lalu. Sekosong-kosong perkataan yang tidak bermakna, jiwa ini juga berharap menjadi sekosong-sekosongnya perasaan yang tidak bermakna.
-MekAin-
No comments:
Post a Comment