Lagu yang kerap kali berulang dimainkan, hampir 8 tahun. Bukan kerana obses namun kerana makna lagu yang menyentuh tangkal jiwa. Sentuhan yang menggamit semula perasaan dulu yang kini telah melemah. Perasaan yang menjadikan aku penulis duka, yang hanya dapat mencoret setiap kesedihan berbanding kegembiraan. Suatu hari nanti, apabila segenap kekuatan terlah terkumpul, tiada lagi debaran mahupun air mata, tiada lagi rindu mahupun sakit, aku ingin bertemu dengannya, menyapa dan memanggil namanya.Aku ingin mengucapkan terima kasih kerna memberi rasa yang dapat menjadikan aku seorang penulis pena. Hanya sekali, aku ingin takdir kami berzapa. Hanya sekali.
-Nik-
No comments:
Post a Comment