Semalam, kau datang menyapa dalam mimpiku, dalam keadaan yang sangat membantai jiwaku seharian. Sudah lama, sangat lama, susukmu bahkan bayanganmu tidak muncul dalam mimpiku. Aku bersyukur seketika, aku bersyukur kerana, "ohhh, aku dah lepaskan dia.." tapi aku silap. Bukan kau yang aku lepaskan namun jiwa yang terus mengunci namamu. Kala minda aku melepaskanmu, melupakanmu, menghilangkanmu dari setiap pelusuk ruangan namun hati aku menolak untuk membuangmu. Semakin aku memberi rasa, rindu, kasih dan hati kepada insan yang seribu lebih baik darimu, semakin kuat tekadku, ketika itu juga semakin kuat perasaan aku terhadapmu. Semakin kerap kau muncul dalam bayanganku, seperti menangkap layang-layang yang terputus talinya. Sukar dan sangat sukar, aku dipaksa bertahan walaupun ditampar berulang kali dengan kenyataan bahawa kau tidak mungkin aku miliki. Sangat sakit. Sekali sahaja, aku ingin membuka hati ini sepenuhnya, seikhlasnya untuk menerima bahagia lain. Aku lelah, sangat lelah dengan kejadian masa lalu dan perasaan yang sentiasa bermain dalam jiwaku.
Adakah pelangi tidak akan muncul dalam ragaku walaupun dihempas hujan yang lebat?
Adakah aku akan terus mengejar bayang yang makin hilang?
Atau hatiku sedang melindungi diriku dengan cara halus yang kejam?
Kenyataan mana yang harus aku dakap supaya aku lebih tenang?
No comments:
Post a Comment