Semasa sedang melakukan tugasan sebagai ahli multimedia kelab kolej, tiba-tiba terlintas perasaan rindu pada keluarga yang jauh di mata. Sering bermain di benakku. Khabar baik kah keluargaku di sana? Sedang apakah mereka? Adakah mereka sedang tertekan atau gembira? Walaupun hampir setiap hari, aku menelefon dan bertanya keadaan mereka namun perasaan risau masih menyelubungi kalbu. Mereka tiada di depan mataku, masakan jiwa ini dapat bertenang. Menuntut di jalan ilmu, mengajar aku makna berjauhan dari yang tersayang. Meskipun merasai sebuah kehilangan, tetapi aku mengerti tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Wahai Rabb, hamba titipkan orang-orang yang paling hamba kasihi dalam jagaanMu. Amin.
-Mekain-
No comments:
Post a Comment