Coretan jiwa yang ingin aku lakarkan malam ini. Bukan perihal perasaan namun keinginan untuk terus berjuang.
Semakin banyak ilmu yang timba, semakin kian aku nampak bahawa dalam diriku masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Aku menanam impian yang tinggi untuk membahagiakan insan terpenting. Bahkan aku meletakkan diri di jalan yang tidak pasti aku mampu atau tidak untuk melaluinya. Namun aku meletakkan jiwa ku di sini, di harapan yang terus menggarap semangatku. Meski akan ada yang melunturkannya tapi harapan itu tidak akan aku lepaskan. Meski harus aku korbankan lagi, aku akan melakukannya untuk bertahan di titik ini. Dulu dan kini, kebahagiaan untuk diri, aku letakkan di carta terakhir setelah aku melihat senyuman insan terpenting. Kerana itu aku dambakan sebuah 'kesunyian' dalam berperang di medan ini. Keterikatan hanya akan memusnahkan dua pihak yang saling berharap. Dan aku percaya akhir perjuanganku, ada manis yang telah Dia tinta. Kerana itu, aku harus terus bertahan dan melaluinya. Tiada yang mustahil jika Dia mengkehendakiNya.
-ain-
No comments:
Post a Comment