Saturday, December 30, 2023

Sukar

    


31.12.23

        Entah rasa apa yang menyetak dada di saat ini. Segala rasa  risau, khawatir, takut dengan yang akan mendatang menjadi satu. Melihat susuk yang ingin dibanggakan, tiba-tiba takut akan kegagalan membelenggu diri. Ditampar hebat dengan kenyataan bahawa usahamu tidak setanding dengan mereka yang sedang berjuang, kau masih lagi jauh, masih lagi jauh dengan kemenangan. Kala itu, sukar untuk aku mendakap jiwa sendiri  malah sukar untuk melupakan perasan yang sedang bernuasa. Terasa segala kerah masih hanya tempelan untuk merangkul kejayaan dalam medan ini.  Masih jauh untuk memetik bahkan hanya satu kata dari impian. 

    Ya Rabb, sesukar ini untuk berada di jalan pilihanku sendiri, sesulit ini untuk bertahan dan ternyata musuh terkuat yang tidak mampu aku lawan adalah diriku sendiri. Ya Rabb, senangkanlah jalan ku untuk menelusuri medan ini tanpa ada sedikit pun keraguan mahupun penyesalan. Senangkanlah jalanku seperti mana Engkau pernah melapangkan dadaku melepaskan segalanya dan memilih jalan ini. Maka aku titipkan segala urusan masa depanku dalam genggamanMu Tuhan, kerna Engkau sebaik-sebaik perancang. Amin...

-mekain-

Saturday, December 23, 2023

Penghuni lama


Setiap kali hari bahagia seseorang menyapa pandanganku,

Aku selalu tercari-cari wajahmu,

Melihat adakah kau yang menjadi 'raja sehari',

Atau hanya sekadar tetamu.

Sekiranya engkaulah 'raja sehari' bersama 'permasuri' mu,

Maka perjuangan yang sebenar telah menemui titik akhir,

Di mana aku harus benar-benar berundur,

Menghapus namamu,

Menghilangkan jejakmu,

Mengusir bayangmu,

Dan mematahkan kebisuan,

Yang sekian lama menetap tanpa sewa.

Bahkan walaupun semesta menemukan kita,

Aku tidak ingin menoleh ke arahmu.

Semoga mega biru mendakap keinginanku.

-PR-

Saturday, December 16, 2023

4.3.16


<3

Angka yang mematikan sekeping hati untuk terus mekar lalu 8 tahun yang tidak terasa detiknya. Melangkah tahun baru, genap 9 tahun. Namun masih berpaut pada detak yang sama, seakan waktu tidak  merubah apa-apa. Perasaan ini masih sama bermain  dalam ruangannya, tidak mahu terlepas oleh waktu dan terikat bersama nadi jantung. Telah aku cuba segalanya namun had ku hanya mampu menumpahkan dakwat hitam pada helai putih untuk menggambarkan rasa rindu ini. 

How come, aku masih merinduinya dengan rasa yang sama dari 4.3.16.
-PR-

Saturday, December 9, 2023

Perihal


 

Coretan jiwa yang ingin aku lakarkan malam ini. Bukan perihal perasaan namun keinginan untuk terus berjuang.

    Semakin banyak ilmu yang timba, semakin kian aku nampak bahawa dalam diriku masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Aku menanam impian yang tinggi untuk membahagiakan insan terpenting. Bahkan aku meletakkan diri di jalan yang tidak pasti aku mampu atau tidak untuk melaluinya. Namun aku meletakkan jiwa ku di sini, di harapan yang terus menggarap semangatku. Meski akan ada yang melunturkannya tapi harapan itu tidak akan aku lepaskan. Meski harus aku korbankan lagi, aku akan melakukannya untuk bertahan di titik ini. Dulu dan kini, kebahagiaan untuk diri, aku letakkan di carta terakhir setelah aku melihat senyuman insan terpenting. Kerana itu aku dambakan sebuah 'kesunyian' dalam berperang di medan ini. Keterikatan hanya akan memusnahkan dua pihak yang saling berharap. Dan aku percaya akhir perjuanganku, ada manis yang telah Dia tinta. Kerana itu, aku harus terus bertahan dan melaluinya. Tiada yang mustahil jika Dia mengkehendakiNya. 

-ain-


Usaha, tawakal dan doa!

Kekejaman Seorang Wanita

Kekejaman seorang wanita yang telah diaksara, yang membunuh segar sebuah sukma. Menikam segenap ruang yang ingin merasai bahagia. Memusnahka...