Wahai hati yang masih menyimpan nama sama. Masih menutup pagar atma. Masih mendakap rasa sayang. Belajarlah untuk lelah. Belajarlah untuk mengetahui rindu itu berat bagi seorang manusia menampung rasanya. Jadi janganlah terus berpaut dengan perasaan itu. Melingkari nama itu seolah-olah tiada nama lain akan terukir. Bertahun-tahun lamanya menyimpan rasa itu. Tiba masanya kita harus lepaskan rasa itu. Kerana ia bukan milik kita daripada awalnya. Wahai hati, pasti perit tetapi itu melegakan. Semoga tahun ini menjadi permulaan kita melepaskan setiap rasa yang terus mencengkam sedikit demi sedikit.
-MekAin-
No comments:
Post a Comment