Wednesday, January 25, 2023

Sukma Berdansa





Ketika jari jemari asyik menari, tiba-tiba musik fikiran berhenti. Terus terhenti tarian kerana hilangnya irama. Terpinga-pinga si penari. Tiada gerakan lincah yang dapat dirakam. Jemari kaku dan menunggu kotak musik dimainkan lagi. Namun hampa, kerana tidak mungkin kotak musik dapat digendang semula sekiranya jiwa hilang bersama angin. Akhirnya, tiada lagi tulisan indah terukir dan sekeping kertas putih masih kekal terhampar. Kebisuan seorang penulis yang hilang sukma berdansa.

Thursday, January 19, 2023

Hujan Singgah

16/1/23

Sewaktu meniti perjalanan mencari makanan iftar, tiba-tiba titisan demi titisan air jernih menimpa bumi. Namun sesaat kemudian, titisan itu berhenti. Aku mendongak, memandang langit. Kemudian, terdetik di benak hati. Hujan yang turun dari dada mega, hanya seketika. Adakah jiwa hujan sudah reda? Tidak lagi lebat berkecamuk? Semoga terus tenang wahai Hujan Singgah.

Wednesday, January 4, 2023

Air Mata Langit



Selepas tamatnya kuliah, aku ingin pulang namun hujan turun menimpa bumi. Aku duduk sekejap di hentian bas, menunggu hujan berhenti. Dada langit ku pandang dengan dalam. Titisan demi titisan dan semakin kuat bunyi dentuman hujan. Tiba-tiba terlintas di benakku satu persoalan. Adakah saat ini langit sedang menangis? Air yang menghempas, adakah air mata langit? Sekiranya benar, maka tangisan hari itu sangat memilukan jiwa anak mudaku. Tidak sangka, langit yang selalu kelihatan bercanda adakalanya menumpahkan air mata deras. Seakan manusia yang selalu tampak cekal adakalanya menangis di sebalik sepi.

-MekAin-

Usaha, tawakal dan doa!

Kekejaman Seorang Wanita

Kekejaman seorang wanita yang telah diaksara, yang membunuh segar sebuah sukma. Menikam segenap ruang yang ingin merasai bahagia. Memusnahka...