Hanya seketika ku berharap masa berhenti. Melepaskan beban berat di dada. Hanya seketika aku berharap agar fikiran berhenti mencerna aksara yang terpampang. Hanya seketika aku berharap jemari runcing ini menulis sesuatu.
Kerana aku rindu dunia penulisan.
Aku lelah berada di medan ilmu dan ingin beristirihat di medan penulisan. Mencoret setiap garisan halus yang bersimpul di sanubari. Meleraikan segala simpulan yang menjerat dada. Hanya seketika aku berharap dapat mencipta maya dalam bumantara penulisan. Hanya seketika aku ingin jemari menari mengikut rentak sukma yang sedang menggila.
Merangkul, membelai dan memujuk agar bersabar.
Terus kuat.
Walau payah namun ada air mata pengharapan yang sedang menanti untuk keluar. Sedikit lagi dan kau bebas untuk terbang wahai punjangga diri.
-MekAin-